Nasheed enggan layan saman polis

MALE: Bekas pemimpin Maldives, Mohamed Nasheed menolak saman polis untuk merekod kenyataan berhubung tindakannya sebagai presiden, kata jurucakapnya, semalam.

Berita Harian: Dunia

China gesa Syria henti konflik

DAMSYIK: Timbalan Menteri Luar China, Zhai Jun menggesa semua pihak di Syria menghentikan keganasan bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara aman selepas perbincangan Damsyik dengan Presiden Bashar al-Assad semalam, lapor media tempatan.

Berita Harian: Dunia

Serangan di 3 negara ada persamaan

BANGKOK: Penyiasat Thailand mendedahkan bukti menunjukkan serangan bom di Bangkok dan New Delhi minggu ini ada persamaan kerana menggunakan kepingan magnetik sama, faktor yang digunakan Israel untuk terus menuduh Iran bertanggungjawab kerana warga negaranya terbabit.

Berita Harian: Dunia

Dakwaan bermotif politik: Gilani

ISLAMABAD: Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani, berkata dakwaan rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari mempunyai motif politik sedangkan beliau mempunyai kekebalan sebagai ketua negara.

Berita Harian: Dunia

Asid borik sejukkan loji nuklear

TOKYO: Syarikat pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power (Tepco) terpaksa menggunakan asid borik di loji jana kuasa nuklear yang lumpuh di Fukushima semalam untuk menghalang rangkaian tindak balas yang boleh mengakibatkan keadaan di situ menjadi kritikal semula selepas suhu meningkat di dalam salah sebuah reaktor sejak minggu lalu.

Berita Harian: Dunia

Advertisement